NUFF NANG

Friday, November 25, 2011

Zaman Kejayaan Sekitar Awal 2011


salam. ni adalah serba sedikit gambar dan kenangan aku sewaktu di ITEX 2011 bersama USM Penang. masa ni aku hebat jugalah dimana aku menjadi Developer & Designers untuk sebuah perisian pendidikan Multimedia...so korang tengok la sendiri ye..



aku dan boss-boss aku






Saturday, October 15, 2011

Aku Maafkan Kamu


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan







Monday, October 3, 2011

Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria





KUALA LUMPUR, 2 Okt — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

“Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

“Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya,” kata Dr Mahathir (gambar) dipetik Berita Minggu hari ini.

“Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’.

“Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

“Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh.

“Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan,” katanya sambil menambah, “dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.”

“Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati.

“Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (buat pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru. Itu saintifik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.


p/s : bukan janji tapi pasti...tauke filem hantu..hehe

Wednesday, September 28, 2011

KESALAHAN ORANG LAIN..TAPI KITA YANG KENA..




salam.pagi ini aku ingin betul...aku datang pagi nak mulakan tugas..tiba-tiba ketua maintenance datang tanya aku, mana aku letak allen key. dekat aku ada 3 set allen key A,B & C.. allen key A technician sorang lain pinjam, Allen key B ketua maintenance tu pinjam.. Allen key C ada orang pinjam tapi tak tulis form...

ketua maintenance datang tanya aku..allen key mana saya nak pakai lepas aku check allen key B tu dia dah pinjam..lepas tu marah aku pula kata aku bagi hilang..hello allen key tu hang yang pinjam..okay cuba hang check dalam form tu kan nama hang..hang letak mana..masuk masuk office marah-marah aku guna ayat..&*(&^^%&>?>?%$^^)**&))....
ni lagi satu Allen Key C..ada somebody pinjam tapi tak tulis form..aku selalu cakap dalam meeting..dah banyak kali aku cakap..kalau nak pinjam equipment sila tulis nama dalam form..ni tak..tak tulis langsung..nasib baik ada sorang technician yang baik hati..terjumpa allen Key c tu...rupa-rupanya ALLENKEY C tu digunakan oleh seorang technician yang berselisih pendapat dengan aku haritu..dia angin dengan aku..so dia buat la prank dekat aku..sampai aku kena marah gila ?:)(*()) @# pagi ni...dah mula dah pemulauan staff junior...

seriouslly aku cakap..aku cukup tak suka pemulauan orang..serius beb..ini menunjukkan yang kita cuba tutup periuk nasi orang...
aku dah mula rasa tension dah kerja kat sini..rasa macam nak nangis..aku tahu inilah pengalaman yang aku harus lalui..pengalaman adalah sesuatu yang berharga..

mujurlah ada engineer,designers & the good technician yang baik dengan aku. so aku tak rasa sedih sangat cuz diorang kadang-kadang bagi nasihat n teguran yang membina untuk aku..alhamdulillah..syukur..

Monday, September 26, 2011

Dari jauh cari rezeki


Dari jauh cari rezeki
Halal di mamah teknologi
Dari jauh datang tuntut ilmu
Jaga langkah mu sini banyak penipu


Bila lalai di awangan
Melayang tanpa graviti
Masapun berlalu disitu


Kuala lumpur - kuala lumpur
Indah tak terkata
Kuala lumpur - kuala lumpur
Engkau kian tercemar
Biar pun kau begitu, hanya kau lah destinasi ku





Sangat sesak tranportasi
LRT ataupun teksi
Murah murah mata rambang
Penjenayah banyak peluang




Bila lalai di awangan
Melayang tanpa graviti
Masapun berlalu disitu

Kuala lumpur - kuala lumpur
Indah tak terkata
Kuala lumpur - kuala lumpur
Engkau kian tercemar
Biar pun kau begitu, hanya kau lah destinasi ku

Friday, September 23, 2011

ITEX 2011: 100 PERCENT VICTORY FOR USM

DSC_7777

KUALA LUMPUR, 21 May: It was a 100 percent victory for Universiti Sains Malaysia (USM) at the 22nd International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX). The exhibition, held at Kuala Lumpur Convention Centre also saw USM taking home four special awards.

The Special Awards received include the ITEX 2011 Best Invention Award by Prof. Hanafi Ismail, from the School Of Materials & Mineral Resources Engineering through his research ‘1Plus 1 - From Rubber Wastes into 2 Novel Products and D-Gloves’; International Federation of Inventor’s Association IFIA Cup Best Woman Inventor by Prof. Chan Lai Keng from the School of Biological Sciences through her research titled ‘Compact Versatile Plant Cell Culture Tank’; and the Taiwan Special Award by Assoc. Prof. Gam Lay Harn from the School of Pharmaceutical Sciences through the research titled ‘Analysis Method For Differentiating The Porcine and Bovine Gelatine Source in Candies’. Each of them also received the gold medal for their research.

The creativity of Assoc. Prof. Azizi Bahauddin from the School of Housing, Building and Planning, enabled USM to win the Best Exhibition Booth Award.

USM won 7 gold, 6 silver and 4 bronze awards from the 17 products that were exhibited.

The other gold medals won in the competition were through Assoc. Prof. Dr. Tang Thean Hock from the Advanced Medical and Dental Institute (Toothbrush with Bristles In an Isosceles Configuration), Assoc. Prof. Azura A Rashid from School of Materials and Mineral Resources Engineering (D-Gloves), Assoc. Prof. Kamal Zuhairi Zamli from School of Electrical and Electronic Engineering (mGTWay) and Prof. Meor Othman Hamzah from the School of Civil Engineering (Dynamic Stripping Machine).

Researchers from 14 countries participated in the 22nd International Invention, Innovation & Technology Exhibition, held from 20-22 May 2011.

P/S: PROJECT aku ialah my-pbs..kami dapat anugerah perak..alhamdulillah...tapi sayangnya anugerah tu dapat dekat univerisiti aku tak dapat apa..kalau dapat pun..adalah tiket free naik kapal terbang pergi dan balik dan 3 hari 2 malam menginap di hotel mewah bersama team-team usm...ok la dari takde langsung..tapi aku sedih sikit..lepas saja tamat event tu..aku minta kerja ngan diorang..tapi sayang aku tidak diterima walaupun aku berjaya mencipta satu sistem multimedia MY-PBS untuk diorang..takpe...bak kata boss tempat kerja aku sekarang ni..suatu hari ni mesti meraka menyesal tak ambil you...kita tunggu dah lihat sajalah..amin...


Thursday, September 22, 2011

Tak semua kau rancang akan berlaku


Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku